Video David Beckham melakukan lawatan mengejut ke rumah sebuah keluarga di United Kingdom menjadi perbualan orang ramai di media sosial.

Video tersebut merupakan sebahagian dari rancangan TV, Knock Knock Live yang disiarkan oleh Fox.

David Beckham memberi kejutan kepada sebuah keluarga apabila dia tampil di hadapan pintu rumah mereka untuk menyerah cek sebanyak AS $ 100,000 kepada keluarga tersebut.

FB
Gambar diperoleh dari YouTube

Bekas bintang bola sepak itu mengambil bahagian dalam rancangan TV, Knock Knock Live, yang mencari keluarga yang layak diberi sumbangan dan hadiah-hadiah serta lawatan daripada selebriti kegemaran mereka.

FB
Gambar diperoleh dari YouTube


FB
Gambar diperoleh dari YouTube

Beckham bertemu dengan keluarga Gonzalez selepas dia mendengar bahawa ketua rumahnya merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional di Mexico dan terpaksa berhenti kerjayanya dan bekerja sebagai pekerja pembinaan hanya untuk menyara keluarganya.

Sambil menyerahkan telefon pintar, iPhone baru kepada keluarga tersebut, Beckham berkata, “saya telah membayar bil telefon ini bagi 10 tahun akan datang dan saya hadir hari ini atas beberapa sebab.”

FB
Gambar diperoleh dari YouTube

“Salah satu sebab utama adalah saya diberitahu tentang keluarga anda dan saya amat berbesar hati untuk bertemu dengan kamu semua.

“Saya pernah mendengar kesusahan serta kerajian anda bekerja dan saya juga pernah mendengar tentang keakraban keluarga yang luar biasa.”

FB
Gambar diperoleh dari YouTube
“Jadi saya berterima kasih kepada rakan saya Sprint, untuk memberi peluang untuk bertemu dengan sebuah keluarga yang bahagia,” kata Beckham.

Beckham juga sampaikan rasa syukur kerana dapat memberi sumbangan kepada keluarga yang berkerja-keras untuk mencapai kejayaan.

Bukan itu sahaja, bintang bola sepak itu kemudian menyertai keluarga tersebut dalam permainan bola sepak di halaman rumah mereka.