KUALA LUMPUR: Pengendali lapangan terbang harus proaktif memanfaatkan dan mengambil langkah bersesuaian bagi menangani perubahan dalam ketibaan dan pelepasan pesawat untuk mengurangkan sebarang senario kelam-kabut di lapangan terbang jika konflik Asia Barat terus meningkat, kata pakar penerbangan.
Ini berikutan ketegangan di antara Iran-Israel baru-baru ini yang menyebabkan ruang udara Iran ditutup sementara selama beberapa hari sebelum dibuka semula semalam, dengan beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia telah mengelak daripada ruang udara itu termasuk Malaysia Airlines.
Pakar Ekonomi Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (Penerbangan dan Aeroangkasa) Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, penutupan ruang udara akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
"Tambahan pula, penutupan itu memerlukan penerbangan dialihkan daripada laluan nominal mereka, dan menyebabkan penerbangan tidak optimum dan menjejaskan kewangan.
"Akan wujud peningkatan dalam penggunaan dan pembakaran bahan api, tempoh masa penerbangan yang meningkat, dan penjadualan semula untuk berlepas dan ketibaan," katanya kepada Bernama.
Mohd Harridon menegaskan, pengendali lapangan terbang harus proaktif dengan membahagi-bahagikan bahagian operasi mereka dan menggunakan beberapa model matematik untuk mengekstrak fungsi bahagian itu.
"Dengan ini, beberapa penyelesaian boleh dihasilkan dan digunakan dengan berkesan bagi mengurangkan sebarang kenaikan kos dan (mengurangkan) implikasi kewangan," katanya.
Beliau berkata penjadualan semula penerbangan harus mempertimbangkan pelbagai faktor seperti meminimumkan kelewatan dalam ketibaan dan pelepasan, mengurangkan masa untuk menyediakan pesawat, dan menggunakan tenaga kerja yang optimum di pintu masuk dan pintu keluar.
"Ini penting supaya proses memasukkan dan mengeluarkan penumpang menjadi pantas dan cekap serta pintu masuk ruang berlepas boleh disediakan dalam masa yang singkat untuk penerbangan masuk dan keluar seterusnya," katanya.
Bagi syarikat penerbangan, beliau berkata, mereka boleh melakukan pengoptimuman operasi penerbangan melalui pelbagai pemodelan secara matematik seperti simulasi Monte Carlo, pemodelan sumber dan lain-lain untuk mengurangkan isu itu.
"Memandangkan Iran juga merupakan negara pengeluar minyak, penutupan ruang udaranya mempunyai implikasi politik yang mana bekalan logistik minyak dan pengeluarannya akan diubah sekali gus menjejaskan harga minyak mentah," tambahnya.
Sementara itu, Penganalisis Penerbangan dan Pengasas Endau Analytics, Shukor Yusof berkata, pengendali lapangan terbang seperti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut tertakluk kepada geopolitik.
"Apa yang berlaku kini bukan daripada bidang kuasa mereka. Mereka perlu segera merangka strategi untuk mengurangkan kerugian kerana konflik ini nampaknya akan bertambah buruk.
"Saya pasti mereka mempunyai pakar yang mahir dalam pengurusan risiko. Jika tidak, maka mereka memerlukan bantuan daripada pakar," katanya.
Shukor percaya krisis yang berterusan di Timur Tengah akan menyebabkan kemudaratan yang besar kepada syarikat penerbangan, terutamanya penerbangan antara benua di antara Asia Tenggara dan Eropah, kerana kos bahan api dan insurans kemungkinan akan meningkat jika konflik tidak diselesaikan segera atau, lebih teruk, semakin meningkat.
"Ia akan menjejaskan keseluruhan industri penerbangan kerana ia sangat bergantung kepada kesalinghubungan global, dan sudah pasti ia akan memberi kesan kepada Malaysia dan rantau ini," katanya.
Awal minggu ini, Maybank Investment Bank Bhd mengekalkan pandangan positifnya terhadap sektor penerbangan di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Asia Barat, potensi kesan terhadap trafik penumpang ke dan dari rantau ini, di samping turun naik harga bahan api jet.
Bagaimanapun, ia berkata, di bawah senario terburuk yang mana trafik penumpang ke dan dari Timur Tengah terhenti sepenuhnya, pendapatan MAHB diunjurkan merosot sebanyak 26 peratus pada setahun penuh, memandangkan kesan trafik penumpang di rantau itu kepada operasinya di Malaysia dan Turkiye.
Bagi Capital A, Maybank IB, kebimbangan utama mereka ialah kesan harga bahan api jet yang lebih tinggi kerana empat syarikat penerbangan Capital A tidak terbang ke destinasi Timur Tengah. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran. - Gambar fail/REUTERS
Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh - Mohd Na'im
Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah.
Kembara Memorial: Promosi patriotisme, arkib memorial sebagai 'edutourism'
Arkib Memorial merupakan salah satu lokasi bagi mendidik anak-anak muda menjadi warganegara yang tinggi semangat patriotik.
Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan
Pasangan kekasih dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas Skudai, pada Rabu.
Majlis Bandaraya Ipoh akan perkenal Batik Perak sebagai produk istimewa baharu
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengetengahkan Batik Perak sebagai produk istimewa terbaharu yang dilihat mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Serangan di balai polis hanya latihan simulasi
Polis Johor sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan am membabitkan semua balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu.
Dua beranak ditahan SPRM disyaki terlibat keluarkan pas lawatan IMM13
Menurut sumber, suspek pertama yang berusia 50-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak perempuannya yang berusia sekitar 30-an dan mereka telah ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.
Dua beranak ditahan, disyaki terlibat sindiket pas lawatan IMM13
SPRM menahan reman dua beranak kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM 13 yang didalangi oleh beberapa petugas sebuah agensi penguat kuasa di daerah ini.
Video tular serangan balai polis hanya latihan simulasi
Polis Johor sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan am membabitkan semua balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.
Peningkatan konflik di Asia Barat bawa malapetaka - PBB
Peningkatan ketenteraan hanya akan menjamin lebih banyak penderitaan dan kemusnahan kepada masyarakat di Lubnan serta Israel.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Kajian mendapati, undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.