awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kekalkan 400 tentera di Syria dan sempadan Iran

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2019
23:13 MYT
AS kekalkan 400 tentera di Syria dan sempadan Iran
Pengunduran tentera AS dari Syria diumumkan Trump pada Disember lalu selepas Washington yakin pihaknya akan menang dalam peperangan ke atas militan Daish di Syria. - Gambar fail
Presiden Donald Trump pada Khamis sekali lagi membuat pengumuman akan mengundurkan sepenuhnya tentera Amerika Syarikat dari Syria.
Namun, beliau menjelaskan, 400 orang anggota tentera akan kekal berkhidmat di rantau itu bagi memenuhi komitmen dengan blok Eropah berhubung pemantauan di zon selamat.
Katanya, 200 daripada tentera Amerika itu akan ditempatkan di timur laut Syria, sementara 200 lagi akan kekal di pangkalan tentera Amerika berdekatan sempadan Iran dan Jordan.
Menjelaskan perkara itu, Trump menafikan keputusan yang dibuat itu bertentangan dengan pendirian beliau terdahulu dari ini.
"Saya bukan berpatah balik. Saya telah melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di pejabatnya pada Jumaat.
Disember lalu, Trump mengumumkan pengunduran tersebut selepas Washington yakin pihaknya akan menang dalam peperangan ke atas militan Daish di Syria.
Walaupun mengarahkan tenteranya berundur, Trump menegaskan Amerika masih meneruskan komitmen memerangi militan Daish.
Anggota tentera yang kekal akan bertanggungjawab memastikan kumpulan berkenaan tidak bertambah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#daish
#Donald Trump
#militan
#pengunduran
#Syria
#tentera
#zon selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan