TOKYO: Bilangan kanak-kanak yang dilahirkan di Jepun dalam tempoh enam bulan pertama 2026 meningkat 0.8 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada 342,068 orang, mencatatkan peningkatan pertama bagi tempoh Januari hingga Jun dalam tempoh 11 tahun, menurut data Kementerian Kesihatan pada Jumaat, lapor Kyodo News.
Angka itu, yang merangkumi kelahiran kepada warganegara asing, meningkat sebanyak 2,788 berbanding tempoh sama pada 2025, menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.
Jepun menyaksikan jumlah kelahiran merosot sejak 1973, ketika 2.09 juta bayi dilahirkan pada kemuncak gelombang kedua ledakan kelahiran negara itu.
-- BERNAMA-KYODO