awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keletihan kesan sampingan utama dialami bekas pesakit COVID-19 - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2020
01:39 MYT
Keletihan kesan sampingan utama dialami bekas pesakit COVID-19 - Kajian
Antara kesan sampingan jangkitan COVID-19 ialah keletihan, tekanan psikologi serta kehilangan deria bau dan rasa. - Gambar fail
SEOUL:SEMBILAN daripada 10 pesakit COVID-19 dilaporkan mengalami kesan sampingan seperti keletihan, tekanan psikologi serta kehilangan deria bau dan rasa, selepas pulih, menurut satu kajian awal di Korea Selatan.
Menerusi tinjauan dalam talian yang dijalankan terhadap 965 pesakit bekas COVID-19, seramai 879 orang atau 91.1% daripada sampel kajian memberitahu, mereka menderita sekurang-kurangnya satu kesan sampingan.
Perkara tersebut dimaklumkan pegawai Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), Kwon Jun-wook yang menyatakan, keletihan adalah kesan sampingan yang paling biasa, dialami oleh 26.2% daripada 879 individu tersebut.
Ia diikuti dengan kesukaran memberi fokus (24.6%).
Kesan lain termasuk tekanan psikologi atau mental serta kehilangan rasa atau bau.
Penyelidikan itu dilakukan dalam talian buat masa ini, namun keputusannya akan segera diterbitkan beserta analisis terperinci.
Korea Selatan juga akan melakukan satu lagi kajian lain membabitkan 16 organisasi perubatan mengenai komplikasi virus berkenaan melalui analisis terperinci yang melibatkan imbasan CT pada pesakit yang pulih.
Jumlah jangkitan di negara itu kini ialah 23,699 dengan 407 kematian.
Angka kematian global akibat COVID-19 melepasi 1 juta pada Selasa, satu jumlah yang mengerikan ketika pandemik berkenaan turut menghuru-harakan sektor ekonomi global, sistem kesihatan dan mengubah gaya hidup masyarakat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#pandemik
#Korea Selatan
#kesihatan
#perubatan
#virus
#Kajian
#keletihan
#tekanan
#jangkitan
#deria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan