Skip to main content

Malaysia

SIC nafi spekulasi Sepang anjur perlumbaan pembukaan musim F1 2027

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, dengan memberikan maklum balas ringkas, “Hal ini tidak benar.” - Gambar fail/BERNAMA
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, dengan memberikan maklum balas ringkas, “Hal ini tidak benar.” - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menafikan spekulasi bahawa Malaysia boleh menjadi tuan rumah perlumbaan pembukaan musim Formula Satu (F1) 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, dengan memberikan maklum balas ringkas, “Hal ini tidak benar.”

Penafian itu susulan hantaran media sosial oleh F1 Lead, portal berita perlumbaan itu, yang mencadangkan bahawa Sepang boleh dipertimbangkan sebagai lokasi alternatif untuk pembukaan musim 2027 sekiranya kebimbangan terhadap keselamatan di Timur Tengah mengganggu kalendar perlumbaan.

Advertisement

Hantaran berkenaan mendakwa bahawa litar ikonik Malaysia itu boleh menjadi lokasi pilihan sekiranya Bahrain dan Arab Saudi tidak dapat menganjurkan Grand Prix (GP) masing-masing berikutan isu keselamatan.

Menurut laman web rasmi F1, GP Bahrain dijadualkan membuka musim 2027 dari 12 hingga 14 Mac, diikuti oleh GP Arab Saudi mulai 19 hingga 21 Mac.

Advertisement

Bulan lepas, SIC menganjurkan F1 GP Bahrain Gulf Air 2026 selepas perlumbaan di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia menganjurkan GP Malaysia di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement