awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan

Bernama
Bernama
26/07/2023
14:38 MYT
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama sepanjang kira-kira 80 kilometer adalah satu daripada laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik di Amerika Tengah. - Gambar fail
MEXICO CITY: Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Buat masa ini, hanya 32 kapal sehari dibenarkan melalui laluan itu, umum pihak berkuasa pada Selasa.
Sebelum ini, jumlah harian penghantaran dikurangkan kepada kira-kira 36 laluan kapal.
Terusan Panama sepanjang kira-kira 80 kilometer adalah satu daripada laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik di Amerika Tengah.
Kekurangan hujan dan peningkatan suhu mengakibatkan paras air Tasik Gatun surut, menjejaskan kapal untuk melalui laluan itu.
Menurut jurnal perkapalan Lloyd's List, draf maksimum (sejauh mana kapal berada di dalam air), kapal dibenarkan melalui terusan telah dikurangkan kepada 13.4 meter berbanding paras kebiasaan 15.4 meter.
Selain musim hujan yang sudah bermula dan langkah-langkah untuk menjimatkan air, langkah tambahan perlu diambil, kata Pihak Berkuasa Terusan Panama.
Sekatan itu mungkin mengakibatkan masa menunggu yang lebih lama.
Kira-kira 14,000 kapal belayar melalui Terusan Panama setiap tahun, menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terusan Panama
#musim kemarau
#paras air
#kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan