awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Abby mengejutkan, menyayat hati - Aaron Kwok

Agensi
Agensi
03/03/2023
08:07 MYT
Kematian Abby mengejutkan, menyayat hati - Aaron Kwok
Mendiang Choi (kanan) sering dilihat mengunjungi rumah agam Kwok malah dikatakan turut meraikan hari lahir bersama. -Instagram
BINTANG Cantopop, Aaron Kwok buat kali pertama bercakap secara terbuka mengenai pembunuhan ngeri sosialit Hong Kong, Abby Choi, beberapa hari selepas isterinya Moka Fang berbuat demikian di media sosial.
Kwok, 57, mendedahkan dia masih tidak percaya dan sedih dengan kematian Choi.
"Sangat mengejutkan dan menyayat hati. Mendiang adalah kenalan baik kami.
"Apa yang isteri saya alami sekarang adalah reaksi biasa (selepas kehilangan seseorang yang rapat).
"Saya percaya Moka memerlukan sedikit masa dan saya tidak mahu membincangkannya," katanya.
Isteri Kwok baru-baru ini mendedahkan masih bergelut untuk menerima takdir kematian Choi.
Mereka berkawan rapat dan sering dilihat melancong, membeli-belah dan menghadiri parti bersama-sama.
Menurut laporan, mendiang sering dilihat mengunjungi rumah agam Kwok malah dikatakan turut meraikan hari lahir bersama.
Pembunuhan kejam Choi pertama kali terbongkar pada 24 Februari lalu selepas polis menemui cebisan anggota badannya dalam peti sejuk di sebuah rumah kampung di Tai Po, pinggir bandar Hong Kong.
Bahagian kepalanya pula ditemui dua hari kemudian bersama bahagian badan yang lain dalam periuk berisi sup.
Menurut Superintendan Alan Chung, wanita berusia 28 tahun itu dibunuh kerana pertikaian kewangan melibatkan jutaan dolar Hong Kong dengan bekas suaminya Alex Kwong dan keluarganya.
Enam tangkapan telah dibuat berhubung pembunuhan itu setakat Khamis.
Topic Berkaitan
#abby choi
#Aaron Kwok
#moka fang
#Pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan