Badak sumbu putih utara jantan terakhir di dunia akhirnya mati selepas bertarung dengan jangkitan penyakit selama berbulan-bulan.
Meskipun banyak usaha untuk menyelamatkannya sudah dilakukan, kematiannya itu sepatutnya membuka mata dunia tentang kesalahan manusia sejak sekian lama.
Badak sumbu bernama Sudan, yang berusia 45 tahun itu terpaksa diberikan suntikan maut di Pusat Konservasi Ol Pejeta di Kenya selepas lama menderita akibat penyakit yang semakin teruk dan ada kaitan dengan usianya.
Setelah kematiannya, spesiesnya kini hanya diteruskan dengan cuma dua badak betina, iaitu anak dan 'cucu'nya.
"Kematiannya adalah lambang kezaliman manusia yang tidak menghormati alam hidupan liar, dan ini memilukan sesiapa sahaja yang mengenali Sudan," ujar Jan Stejskal dari Zoo Dvur Kralove di Republik - tempat Sudan dijaga sehingga tahun 2009.
Bagaimanapun, Stejskal mengingatkan agar manusia tidak boleh berputus asa.
"Kita perlu manfaatkan situasi unik ini iaitu teknologi selular digunakan dalam konservasi spesies yang sangat terancam.
"Ia mungkin kedengaran mustahil. Namun terima kasih kepada teknologi baharu, Sudan masih memiliki anak," ujarnya.
Tumpuan kini diberikan kepada penyempurnaan teknik persenyawaan in-vitro (IVF) menggunakan benih Sudan yang telah disimpan, serta yang diperoleh daripada empat lagi badak sumbu yang telah mati.
Mengapa spesies badak sumbu ini sangat istimewa?
Badak sumbu yang terbahagi kepada lima spesies, merupakan haiwan mamalia daratan kedua terbesar selepas gajah.
Badak sumbu putih pula terdapat dua sub-spesies iaitu badak sumbu putih selatan, dan badak sumbu putih utara.
Sudan, yang kalau mengikut usia manusia berumur 90 tahun, adalah jantan terakhir dalam sub-spesies yang sangat terancam tersebut. Sebelum ini, seekor badak sumbu jantan dalam spesiesnya mati secara semula jadi pada tahun 2014.
Sebahagian besar populasi sub-spesies itu yang hidup di Uganda, Republik Afrika Tengah, Sudan dan Chad telah menjadi mangsa pemburuan haram sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.
Aktiviti pemburuan haram itu antara lain didorong permintaan tinggi sumbu badak dalam perubatan tradisional Cina, selain dijadikan pemegang senjata di Yaman.
Agensi
Tue Mar 20 2018
Sudan adalah badak sumbu putih utara jantan terakhir di dunia. - Reuters
Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar lebih lima kilogram dadah bernilai RM177,120.60 di Jeti Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama Tawau pada Selasa lalu.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Usaha selamatkan badak sumbu putih utara diteruskan
Antara yang dilakukan termasuk mengeluarkan ovum dengan menggunakan teknologi reproduksi dari dua badak sumbu putih utara betina.
Kematian Sudan lambang kezaliman manusia
Sebelum ini, seekor badak sumbu jantan dalam spesiesnya mati secara semula jadi pada tahun 2014.