awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Sushant Singh: Deepika Padukone dipanggil polis untuk rakam kenyataan

Agensi
Agensi
26/09/2020
09:32 MYT
Kematian Sushant Singh: Deepika Padukone dipanggil polis untuk rakam kenyataan
Selain Deepika, tiga pelakon Bollywood lain turut dipanggil untuk dirakam kenyataan ialah Sara Ali Khan, Shraddha Kapoor dan Rakul Preet Singh. - Gambar fail
Polis India telah memanggil bintang popular Bollywood, Deepika Padukone, 34, bagi mendapatkan kenyataannya untuk membantu siasatan membabitkan kes dadah susulan kematian pelakon Sushant Singh Rajput.
Selain Deepika, tiga pelakon Bollywood lain turut ditahan Biro Pengawalan Narkotik (NCB) iaitu Sara Ali Khan, Shraddha Kapoor dan Rakul Preet Singh.
Kenyataan Rakul Preet dirakam pada Jumaat manakala Shraddha dan Sara pula pada Sabtu.
Sebelum ini, saluran TV TimesNow menyiarkan beberapa klip rakaman suara menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pembelian hash (ganja mampat) dipercayai Deepika dan pengurusnya.
Jun lalu, Sushant Singh ditemukan mati dalam keadaan tergantung di kediamannya dan kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kejadian itu menimbulkan spekulasi bahawa bekas kekasih Sushant Singh yang juga aktres Bollywood Rhea Chakraborty didakwa menjadi pendorong kepada kejadian bunuh diri itu.
Susulan daripada itu, pada 9 September lalu, Rhea ditahan polis dipercayai atas kesalahan mengedar dadah selain dipercayai turut disiasat berkaitan kes kematian bekas kekasihnya itu.
Keluarga Sushant Singh dalam pada itu turut mempertikaikan laporan bahawa kematiannya disebabkan kemurungan, sebaliknya secara terbuka menuduh Rhea mencuri wang mangsa dan mengganggunya.
Topic Berkaitan
#Bollywood
#bunuh
#bunuh diri
#Dadah
#Deepika Padukone
#India
#keluarga
#mangsa
#mati
#polis
#siasatan
#Sushant Singh Rajput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan