awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembara Lisa Surihani misi beri suara kepada 'the voiceless'

Isabelle Leong
Isabelle Leong
26/03/2019
01:18 MYT
Kembara Lisa Surihani misi beri suara kepada 'the voiceless'
Tahukah anda, hampir 60 peratus daripada 730,000 pelarian Rohingya di Bangladesh merupakan kanak-kanak? - REUTERS/Tyrone Siu
Ribuan pelarian Rohingya yang hidup dalam ketakutan membanjiri pantai dan kawasan sawah padi di selatan Bangladesh pada Ogos 2017 dan telah mendapat perhatian daripada seluruh warga dunia.
Tetapi tahukah anda, hampir 60 peratus daripada 730,000 pelarian merupakan kanak-kanak?
Menurut statistik daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), pada hari ini, sekitar 400,000 kanak-kanak telah tiba di tanah asing itu sejak 2017.
Tujuan mereka, bagi mencari bantuan, perlindungan dan pastinya memohon pertolongan daripada seluruh dunia.
Dalam masa seminggu, pelakon terkenal Lisa Surihani akan berdiri dalam kalangan kanak-kanak Rohingya ini di Cox’s Bazar, Bangladesh di mana beliau akan melihat kesengsaraaan pengalaman kanak-kanak sebagai pelarian dengan matanya sendiri.
Dapatkah anda bayangkan situasi di situ ketika Lisa menjejakkan kakinya di kem pelarian Rohingya?
Beliau, seorang selebriti terkenal tanah air yang mencipta nama di layar perak dan memegang gelaran anak seni selama lebih sedekad.
Dan mereka ialah pelarian – miskin, tiada kerakyatan, mempunyai masa lampau yang buruk dan tidak mempunyai masa depan yang cerah.
Namun, hakikat ini tidak menghindari Lisa Surihani daripada mendekati pelarian, terutamanya kanak-kanak Rohingya.
Malah, pelakon terkenal itu menyifatkan pelanjutan pelantikannya sebagai duta Malaysia UNICEF buat dua tahun yang akan datang sebagai impian zaman sekolah yang akhirnya direalisasikan.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI pada suatu majlis hasil anjuran UNICEF, ibu kepada dua orang anak itu begitu teruja untuk terus meluaskan bakti membantu golongan tersebut.
Berbaki lagi seminggu, pelakon ‘Istanbul Aku Datang!’ itu menganggap lawatan ke Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada April ini sebagai satu pembelajaran baginya dan
Ikuti Astro AWANI bagi mengetahui pengembaraan Lisa dalam memberikan suara kepada mereka yang ‘voiceless’ ini.
Topic Berkaitan
#Bangaladesh
#Cox's Bazar
#Kanak-kanak
#Lisa Surihani
#pelarian
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan