Skip to main content

Dunia

Kemboja haramkan judi dalam talian di kasino banteras penipuan teknologi - PM

KUALA LUMPUR, Oct 28 -- Cambodian Prime Minister Hun Manet during the 28th ASEAN-China Summit in conjunction 47th ASEAN Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) today.
Hun Manet mengarahkan pihak berkuasa meneliti semula syarat pelesenan bagi mengurangkan jumlah premis kasino di Kemboja. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Rabu mengumumkan bahawa negara Asia Tenggara itu akan menghentikan semua operasi perjudian dalam talian yang dijalankan di premis kasino mulai Oktober dalam usaha membanteras penipuan berasaskan teknologi, lapor Xinhua. 

Ketika berucap pada majlis perasmian Hospital Luang Me (Permaisuri) di Phnom Penh, Hun Manet berkata penggantungan itu bertujuan memerangi penipuan berkaitan teknologi dan aliran kewangan haram, sambil menyatakan bahawa operasi perjudian dalam talian kini terlalu sukar untuk dikawal selia.

“Semua operasi perjudian dalam talian akan digantung mulai awal Oktober, ketika kami meneruskan tindakan tegas membanteras penipuan dalam talian bagi mencegah kegiatan itu berulang,” katanya.

Perdana Menteri itu turut berkata jumlah kasino di Kemboja yang kini melebihi 100 adalah berlebihan. Beliau mengarahkan pihak berkuasa meneliti semula syarat pelesenan bagi mengurangkan jumlah premis berkenaan.

Kemboja secara tradisinya memberikan lesen kasino bagi meningkatkan pelancongan asing, memandangkan undang-undang domestik melarang rakyat Kemboja daripada berjudi.

NagaWorld merupakan satu-satunya kasino yang beroperasi di ibu negara Phnom Penh, manakala semua kasino lain di Kemboja terletak di sepanjang sempadan antarabangsa atau di wilayah pesisir Preah Sihanouk.

 -- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement