awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja usir warga Nigeria selepas pulih cacar monyet

Bernama
Bernama
07/08/2022
14:10 MYT
Kemboja usir warga Nigeria selepas pulih cacar monyet
Lelaki itu telah pulih daripada wabak berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu. - Gambar hiasan/ WHO
PHNOM PENH: Kemboja akan menghantar pulang pesakit cacar monyet yang telah pulih, Osmond Chihazirim Nzerem ke negara asal Nigeria serta melarangnya memasuki semula negara itu selama tiga tahun, kata seorang pegawai jabatan imigresen pada Ahad.
Lelaki Nigeria berusia 27 tahun itu, sebelum ini melarikan diri dari negara jiran Thailand meskipun mengetahui hasil keputusan ujian cacar monyetnya positif, dan ditahan pihak berkuasa Kemboja di ibu negara Phnom Penh pada 23 Julai.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk menerima rawatan lanjut.
Lelaki itu telah pulih daripada wabak berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu.
"Jabatan Am Imigresen telah memutuskan untuk menghantar pulang lelaki Nigeria itu dan melarangnya memasuki semula Kemboja selama tiga tahun," kata timbalan ketua pengarah dan jurucakap Jabatan Imigresen, Keo Vanthan kepada Xinhua.
Lelaki Nigeria itu merupakan kes cacar monyet yang pertama dan satu-satunya kes import di negara Asia Tenggara itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 23 Julai mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam dan kebimbangan antarabangsa (PHEIC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#cacar monyet
#warga Nigeria
#pesakit warga nigeria diusir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan