awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenya berjaga-jaga wabak virus Marburg di Ethiopia

Bernama
Bernama
19/11/2025
04:50 MYT
Kenya berjaga-jaga wabak virus Marburg di Ethiopia
Nasihat berkenaan dikeluarkan susulan pengesahan Kementerian Kesihatan Ethiopia mengenai wabak MVD di Jinka, di wilayah selatan negara itu -- yang pertama dilaporkan di Ethiopia. - Gambar/ Reuters
NAIROBI: Kenya pada Selasa memaklumkan bahawa pihak berkuasa kesihatannya kini berada pada tahap berjaga-jaga selepas tiga kematian berkaitan penyakit virus Marburg (MVD) dilaporkan di negara jirannya, Ethiopia, lapor Xinhua.
Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Kenya (KNPHI) berkata walaupun tiada kes dikesan di Kenya setakat ini, risiko penularan tetap tinggi berikutan pergerakan keluar masuk yang besar dari Ethiopia melalui lapangan terbang antarabangsa dan pintu sempadan darat.
Keadaan itu menjadikan potensi kemasukan virus sebagai isu kesihatan awam serius yang perlu ditangani segera.
"Memandangkan kadar kematian penyakit MVD yang tinggi, pihak pentadbiran daerah digesa memperkukuh langkah pencegahan bagi melindungi kesihatan rakyat," menurut nasihat KNPHI yang dikeluarkan di Nairobi.
Institut itu turut menggesa daerah-daerah meningkatkan kesedaran dalam kalangan petugas kesihatan mengenai definisi standard bagi kes demam berdarah virus, selain memperkukuh pemantauan di pintu masuk negara, fasiliti kesihatan dan komuniti bagi memastikan kes disyaki dapat dikesan dan dilaporkan dengan pantas.
Nasihat berkenaan dikeluarkan susulan pengesahan Kementerian Kesihatan Ethiopia mengenai wabak MVD di Jinka, di wilayah selatan negara itu -- yang pertama dilaporkan di Ethiopia.
Menurut KNPHI, wabak dan kes sporadik MVD sebelum ini pernah berlaku di beberapa negara Afrika termasuk Angola, Republik Demokratik Congo, Ghana, Kenya, Equatorial Guinea, Rwanda, Afrika Selatan, Tanzania dan Uganda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenya
#virus Marburg
#MVD
#ethiopia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan