INTERNATIONAL
Kenya tarik balik larangan penubuhan bank perdagangan baharu

Bank Pusat Kenya (CBK) mengumumkan pada Rabu penarikan semula larangan hampir sedekad ke atas penubuhan bank perdagangan baharu di negara Afrika Timur itu, berkuat kuasa 1 Julai.
NAIROBI: Bank Pusat Kenya (CBK) mengumumkan pada Rabu penarikan semula larangan hampir sedekad ke atas penubuhan bank perdagangan baharu di negara Afrika Timur itu, berkuat kuasa 1 Julai, lapor Xinhua.
CBK dalam kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi berkata, larangan yang dikuatkuasakan sejak November 2015 itu dilaksanakan susulan cabaran operasi yang dihadapi sektor perbankan ketika itu.
"Langkah ini bertujuan memberi ruang untuk mengukuhkan sektor perbankan Kenya. Sejak itu, pelbagai kemajuan penting telah dicapai dalam memperkukuh rangka kerja perundangan sektor ini," menurut kenyataan itu.
Sejak moratorium dilaksanakan, kira-kira 10 penggabungan dan pengambilalihan melibatkan pemain sedia ada telah berlaku, selain kemasukan pelabur strategik asing.CBK berkata, peningkatan terbaharu keperluan modal teras minimum bank perdagangan kepada 10 bilion shilling Kenya (sekitar US$77.2 juta) akan turut memperkukuh sektor berkenaan.
Katanya, bank yang lebih kukuh dan berdaya tahan akan mampu menangani risiko yang semakin meningkat di peringkat global, serantau dan domestik, serta menyokong keperluan pembiayaan berskala besar bagi menjayakan pembangunan Kenya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami