Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun semakin pulih selepas kepalanya tertusuk dengan pencucuk daging dalam kejadian disifatkan sebagai kemalangan 'satu dalam sejuta'.

Insiden mengerikan itu berlaku pada Sabtu lalu apabila Xavier Cunningham diserang lebah 'yellow jacket' di rumah pokok di kediaman keluarganya di Harrisonville, kira-kira 56 kilometer di selatan bandar Kansas hingga menyebabkannya terjatuh dan mukanya tertusuk pencucuk daging tersebut.

Kanak-kanak itu bagaimanapun bernasib baik kerana objek tajam sepanjang 13-15 sentimeter yang menusuk hingga ke belakang kepalanya itu tidak mengenai mata, otak, saraf tunjang dan saluran darah utama.

Cunningham juga tidak mengalami pendarahan yang teruk namun dia menjalani pembedahan yang rumit pada akhir minggu lalu.

"Pencucuk daging itu tertusuk pada ruang kecil di kepalanya yang dikelilingi saluran darah utama. Ia adalah satu keajaiban dan kejadian satu dalam sejuta," kata pakar bedah neurologi, Koji Ebersole. - Agensi