INTERNATIONAL
Keputusan penghakiman insiden berdarah Christchurch diketahui 24 Ogos

Brenton Tarrant yang merupakan warga Australia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Christchurch awal tahun ini.
Mahkamah Australia menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh keputusan penghakiman ke atas tertuduh Brenton Tarrant selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand tahun lalu.
Tarrant yang merupakan warga Australia membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Christchurch awal tahun ini atas pertuduhan menyebabkan kematian 51 jemaah Islam sewaktu solat Jumaat.
Bagaimanapun, ia boleh dilanjutkan selagi terdapat keperluan untuk berbuat demikian.
Tragedi berdarah yang berlaku pada 15 Mac tahun lalu menggemparkan dunia apabila puluhan umat Islam maut akibat tindakan tidak berperikemanusiaan Tarrant.
Lebih dahsyat lagi apabila lelaki berkenaan turut bertindak memuat naik video serangannya secara langsung di laman sosial Facebook.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami