awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rayuan kes rasuah bekas Presiden Perancis Sarkozy akan diumumkan Rabu

Bernama
Bernama
17/05/2023
05:10 MYT
Keputusan rayuan kes rasuah bekas Presiden Perancis Sarkozy akan diumumkan Rabu
Pada Mac 2021, Sarkozy yang berkhidmat sebagai presiden dari 2007 hingga 2012 dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun termasuk dua tahun tempoh parol. - Fail/REUTERS
PARIS: Keputusan membabitkan kes rayuan bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap sabitan rasuah dan menjaja pengaruh akan diumumkan pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pada Mac 2021, Sarkozy yang berkhidmat sebagai presiden dari 2007 hingga 2012 dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun termasuk dua tahun tempoh parol.
Dalam rayuan itu, pendakwa raya meminta tiga tahun penuh tempoh parol.
Walaupun mahkamah dalam perbicaraan awal memutuskan bahawa Sarkozy boleh menjalani tahanan rumah dengan dipakaikan peranti pengawasan elektronik, hukuman itu unik di Perancis.
Peguamnya menyebutnya "sangat kejam" dan "tidak wajar".
Bekas presiden konservatif itu didapati bersalah kerana memperoleh maklumat sulit daripada pendakwa raya Gilbert Azibert melalui peguamnya Thierry Herzog pada 2014 berhubung satu lagi kes.
Sebagai balasan Azibert akan menerima sokongan presiden dalam mendapat jawatan di Monaco.
Pendakwa raya berhujah bahawa kelakuan itu telah menjejaskan kebebasan kehakiman.
Herzog dan Azibert juga didapati bersalah dan sedang menunggu keputusan rayuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas presiden Perancis
#Nicolas Sarkozy
#kes rasuah
#dihukum penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan