awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Bulgaria terselamat daripada undi tidak percaya kedua

Bernama
Bernama
17/04/2025
23:50 MYT
Kerajaan Bulgaria terselamat daripada undi tidak percaya kedua
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Zhelyazkov mula memegang tampuk pentadbiran pada 16 Januari lepas dengan sokongan 125 Ahli Parlimen. - Gambar Reuters
SOFIA: Kerajaan Bulgaria pimpinan Perdana Menteri, Rosen Zhelyazkov yang baharu berusia tiga bulan terselamat daripada undi tidak percaya kedua di Parlimen pada Khamis, lapor Xinhua.
Usul yang dikemukakan oleh parti pembangkang pada 10 April itu menuduh kerajaan gagal memerangi rasuah.
Ia disokong oleh 72 ahli Dewan Kebangsaan yang mempunyai 240 kerusi, manakala 130 menolak usul berkenaan.
Kumpulan Ahli Parlimen "We Continue the Change - Democratic Bulgaria" yang mempunyai 36 kerusi mengambil keputusan untuk tidak mengundi.
Untuk meluluskan usul itu, ia memerlukan sokongan majoriti lebih separuh daripada keseluruhan ahli parlimen.
Semasa perbahasan di Parlimen pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Atanas Zafirov yang juga Ketua Parti Sosialis Bulgaria mempertahankan kerajaan dengan menyatakan pentadbiran semasa dibentuk berdasarkan keseimbangan dan kerjasama antara parti yang berbeza ideologi.
"Dan justeru itu, tiada satu pun daripada parti-parti ini akan bertolak ansur terhadap rasuah," kata Zafirov.
Ini merupakan percubaan kedua pihak pembangkang untuk menggulingkan kabinet selepas usul pertama yang memfokuskan kepada dasar luar negara gagal pada 3 April lepas.
Menurut undang-undang Bulgaria, usul undi tidak percaya boleh dikemukakan oleh sekurang-kurangnya satu perlima daripada ahli parlimen, namun usul yang sama tidak boleh dibentangkan semula dalam tempoh enam bulan.
Kerajaan pimpinan Zhelyazkov mula memegang tampuk pentadbiran pada 16 Januari lepas dengan sokongan 125 Ahli Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Bulgaria
#PM Rosen Zhelyazkov
#undi tidak percaya
#Parllimen Bulgaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan