awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana secawan kopi, dua juruterbang SpiceJet digantung tugas

Agensi
Agensi
16/03/2023
11:46 MYT
Kerana secawan kopi, dua juruterbang SpiceJet digantung tugas
SpiceJet pada Rabu berkata pihak mereka sedang meneliti perkara itu dan telah menggantung tugas dua juruterbang yang didakwa mengambil gambar tersebut. - Foto Twitter/@flyspicejet
SEBUAH syarikat penerbangan swasta India menggantung tugas dua juruterbangnya kerana didakwa minum kopi dan makan gula-gula di dalam kokpit semasa masih dalam penerbangan.
Perkara itu terbongkar selepas gambar cawan terbuka yang diletakkan di panel kawalan pesawat SpiceJet, tular awal minggu ini.
Laporan mengatakan pesawat itu berada pada ketinggian 37,000 kaki ketika gambar itu diambil.
Foto itu mencetuskan kemarahan ramai, mendorong pengawal selia penerbangan India mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan berkenaan.
SpiceJet pada Rabu berkata pihak mereka sedang meneliti perkara itu dan telah menggantung tugas dua juruterbang yang didakwa mengambil gambar tersebut.
“Tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka setelah selesai siasatan,” kata jurucakap syarikat penerbangan kepada akhbar The Times of India.
Peraturan penerbangan India membenarkan makanan dan minuman di dalam kokpit tetapi di bawah garis panduan yang ketat. Antaranya, cawan perlu mempunyai penutup dan dialas bagi mengelakkan air tumpah.
Insiden itu dilaporkan berlaku dalam penerbangan dari Delhi ke bandar Guwahati pada 8 Mac lalu.
"Jika air tumpah ke peralatan elektronik, ia akan merosakkan sistem. Ini tindakan jenayah," kata pakar penerbangan Mohan Ranganathan.
Topic Berkaitan
#SpiceJet
#pesawat
#Juruterbang
#kopi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan