awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta kabel langgar tiang, lebih 75 penumpang berdepan detik cemas 'hidup atau mati'

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2017
03:55 MYT
Kereta kabel langgar tiang, lebih 75 penumpang berdepan detik cemas 'hidup atau mati'
Penumpang sedang dipindahkan daripada kereta kabel yang terkandas di Sungai Rhine pada petang Ahad selepas gondola melanggar tiang sokongan, menyebabkan penumpang terperangkap. - Foto Rainer Jensen/dpa via AP
Dianggarkan lebih 75 penumpang berhadapan detik cemas situasi 'hidup atau mati' apabila tergantung di udara selepas kereta kabel yang dinaiki terlepas dari kabelnya setelah melanggar sebatang tiang sokongan.
Dalam kejadian yang merentasi Sungai River di Cologne, Jerman itu, pihak penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali untuk menyelamatkan orang ramai termasuk kanak-kanak yang terperangkap setinggi 40 meter di udara.
Seorang wanita mengandung dan seorang lelaki antara yang cedera dalam misi menyelamat itu.
Kanak-kanak dilihat berpaut pada ibu bapa mereka setinggi 40 meter dari aras sungai. - Foto Rainer Jensen/dpa via AP
Kanak-kanak dilihat berpaut pada ibu bapa mereka setinggi 40 meter dari aras sungai. - Foto Rainer Jensen/dpa via AP
Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam bandaraya North-Rhine-Westphalia, ketika kejadian sebanyak 32 kereta kabel sedang beroperasi.
Belum dapat dipastikan apa yang menyebabkan kereta itu terlepas dari kabelnya punca kejadian masih belum diketahui, tetapi angin bertiup kencang semasa kejadian.
Pengurus kereta kabel, Thomas Miebach, memohon maaf kepada semua penumpang dan berjanji akan menjalankan penyiasatan dengan secepat mungkin.
Ia merupakan insiden pertama dalam tempoh 50 tahun, tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Cologne
#Datuk Bandar
#gondola
#Henriette Reker
#kereta kabel
#menyelamat
#operasi
#penumpang
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan