Skip to main content

Malaysia

Edar lebih 77 kg dadah, peniaga dihukum penjara 30 tahun dan 24 sebatan

IPOH, 9 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang peniaga atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram (kg) dadah jenis metamfetamina, lima tahun lepas. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Wan Wah, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala Liew turut dija
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang peniaga atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram (kg) dadah jenis metamfetamina, lima tahun lepas. - Foto BERNAMA
Advertisement

IPOH: Seorang peniaga dihukum penjara 30 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram dadah jenis metamfetamina, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes terhadap Liew Wan Wah, 46.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Liew menjalani hukuman penjara secara serentak bermula dari tarikh tangkap, iaitu 23 Jun 2021.

Mengikut pertuduhan pertama, Liew didakwa mengedar 74,477.8 gram metamfetamina di Plaza Tol Gopeng arah masuk ke lebuh raya sebelum kaunter pembayaran tol pada kira-kira 7.30 malam 23 Jun 2021.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar dadah jenis sama seberat 3,267 gram di kawasan parkir di bawah Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar pada kira-kira 2 pagi 24 Jun 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yasinnisa Begam Seeni Mohideen manakala tertuduh diwakili peguam P. Ravee.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement