awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta meletup, anak perempuan pakar sains politik Rusia maut

Bernama
Bernama
21/08/2022
03:59 MYT
Kereta meletup, anak perempuan pakar sains politik Rusia maut
Tidak jelas sama ada letupan itu satu percubaan bunuh yang menyasarkan bapanya. - Gambar hiasan/REUTERS
ANKARA: Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Rusia Alexander Dugin meletup lewat Sabtu di Moscow, lapor Agensi Anadolu memetik media.
Kereta Darya Dugina meletup di lebuh raya Mozhayskoye kira-kira 9.45 malam waktu tempatan dan saksi mendakwa letupan berlaku di tengah jalan menyebabkan serpihan kereta bertaburan.
Menurut laporan awal beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.
Setakat ini tiada pengesahan atau maklumat rasmi mengenai punca letupan.
Tidak jelas sama ada letupan itu satu percubaan bunuh yang menyasarkan bapanya. Alexander Dugin disifatkan sebagai antara individu penting kepada Presiden Rusia Vladimir Putin.
Seperti bapanya, Darya Dugina juga terlibat dalam bidang kewartawanan, falsafah dan sains politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta meletup
#pakar Rusia
#Alexander Dugin
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan