SOUTH BRUNSWICK: Satu rakaman video menunjukkan detik-detik sebuah kereta yang gagal dikawal oleh pemandunya terbang dan jatuh di bahagian hadapan sebuah restoran di South Brunswick, New Jersey baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis South Brunswick, Raymond Hayducka, hanya dua mangsa cedera dalam kejadian itu tiada mangsa yang parah atau terbunuh.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang apabila sebuah kereta melanggar tembok menyebabkan ia 'terbang' ke udara sebelum terjatuh di kawasan parkir dan mengenai sebuah lagi kenderaan lain di luar premis restoran tersebut.

Polis kemudian berkongsi rakaman video itu di laman Twitter.

Beberapa pegawai menyatakan kemalangan itu menyebabkan tingkap-tingkap di restoran tersebut pecah tetapi tidak ada individu di dalam restoran berkenaan yang mengalami kecederaan.

Punca kejadian masih lagi disiasat oleh pihak polis.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.