awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Rusia-Selatan Global bukan atas agenda politik

Bernama
Bernama
05/09/2025
08:30 MYT
Kerjasama Rusia-Selatan Global bukan atas agenda politik
Putin berkata, Rusia mengekalkan hubungan bersahabat dan kejiranan dengan banyak negara. - Gambar/ Reuters
VLADIVOSTOK (Rusia): Kerjasama dan usaha bersama yang diperkukuh antara Rusia dengan negara di rantau Asia Pasifik serta Selatan Global tidak didorong oleh keadaan politik semasa, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat.
"Kerjasama yang diperluas dan usaha bersama dengan rakan-rakan kami di rantau Asia Pasifik dan Selatan Global sama sekali tidak berkaitan dengan keadaan politik semasa," kata Putin pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF).
Rusia mengekalkan hubungan bersahabat dan kejiranan dengan banyak negara, kata presiden Rusia itu sambil merujuk China, India dan Indonesia sebagai contoh. Khususnya, Rusia memulakan usaha bersama yang signifikan dengan China 20 tahun lalu, yang digerakkan oleh kepentingan nasional dan bukannya keadaan semasa, jelas Putin.
"Dengan Presiden (China) Xi Jinping, kami memulakan usaha bersama penting ini 20 tahun lalu. Ia tidak terikat dengan keadaan semasa, sebaliknya dengan kepentingan nasional bersama," tambahnya.
Apabila ditanya mengenai kedudukan Rusia dalam pakatan tiga hala Rusia-India-China, merujuk ketiga-tiga negara itu sebagai beruang, gajah dan naga, Putin berkata "seekor beruang tetap seekor beruang." Beliau turut menegaskan bahawa Rusia tidak pernah menolak kerjasama dengan negara "yang mahu bekerjasama dengan kami."
Mengenai kerjasama Rusia-Vietnam, Putin menyifatkannya sebagai "istimewa."
"Terdapat negara kecil, tetapi sedang pesat membangun, seperti Malaysia, Thailand dan Vietnam, yang dengan mereka kami mempunyai hubungan istimewa sejak beberapa dekad lalu," kata Putin.
Edisi ke-10 Forum Ekonomi Timur sedang berlangsung di Vladivostok, Rusia dari 3 hingga 6 Sept. RIA Novosti ialah rakan media utama forum itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Selatan Global
#Vladimir Putin
#Forum Ekonomi Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan