awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather

Bernama
Bernama
10/01/2025
12:45 MYT
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Menurut Wadell, pakar kaji cuaca meramalkan angin kencang dan risiko kebakaran yang lebih tinggi pada minggu hadapan. - Gambar fail/AP/Chris Pizzello
MOSCOW: Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion, kata Pengurus Perhubungan Awam AccuWeather Bill Wadell, pada Jumaat, menurut Sputnik/RIA Novosti.
"AccuWeather telah meningkatkan anggaran awal untuk jumlah kerosakan dan kerugian ekonomi akibat kebakaran liar di California Selatan kepada angka yang mencecah US$135 bilion hingga US$150 bilion," kata Wadell di platform X.
Sebelum ini, syarikat media itu menganggarkan kerosakan dan kerugian ekonomi akibat kebakaran liar di California berada dalam lingkungan US$52 bilion hingga US$57 bilion.
Menurut Wadell, pakar kaji cuaca meramalkan angin kencang dan risiko kebakaran yang lebih tinggi pada minggu hadapan.
Sherif Daerah Los Angeles Robert Luna dalam sidang media menyifatkan kerosakan akibat kebakaran liar itu boleh dibandingkan dengan kesan bom nuklear yang dijatuhkan di kawasan berkenaan.
Beberapa kebakaran hutan telah tercetus di California sejak Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah.
Gabenor California Gavin Newsom dalam kenyataan awal pagi Jumaat memaklumkan bahawa Pengawal Nasional California telah tiba di Los Angeles untuk mencegah kejadian menjarah di zon pemindahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#angin kencang
#zon pemindahana
#bom nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan