awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi meningkat di Hanoi

Bernama
Bernama
03/11/2025
10:25 MYT
Kes demam denggi meningkat di Hanoi
Wabak baharu dikesan di 23 komun dan kawasan bandar, menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 32, dengan tiada kematian dilaporkan setakat ini. - Gambar hiasan
HANOI: Ibu negara Vietnam, Hanoi melaporkan peningkatan mendadak kes demam denggi dalam tempoh seminggu lalu dengan 486 jangkitan baharu direkodkan dari 24 hingga 31 Okt, meningkat 94 kes berbanding minggu sebelumnya, lapor Xinhua yang memetik laporan Agensi Berita Vietnam (VNA) pada Isnin.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Hanoi, wabak baharu dikesan di 23 komun dan kawasan bandar, menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 32, dengan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Sejak awal 2025, Hanoi telah merekodkan 4,388 kes demam denggi, menurun 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa indeks serangga di kawasan wabak kekal pada tahap berisiko tinggi, menunjukkan kemungkinan peningkatan kes selanjutnya berikutan kitaran wabak tahunan di bandar raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes demam denggi
#Hanoi
#kitaran wabak denggi
#peningkatan kes demam denggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan