DHAKA: Bangladesh melaporkan 220 kes baharu denggi dan dua kematian baharu pada Ahad, menjadikan jumlah kes sebanyak 4,900 manakala angka kematian mencecah sembilan setakat tahun ini, lapor Xinhua.
Menurut data yang dikeluarkan pada Ahad oleh Direktorat Am Perkhidmatan Kesihatan, sebanyak 1,703 kes denggi direkodkan setakat Jun, berbanding 714 kes pada Mei.
Jumlah jangkitan baharu itu menunjukkan trend peningkatan pantas penyakit bawaan nyamuk itu di beberapa bahagian negara berkenaan pada bulan ini.
Tempoh monsun dari Jun hingga September merupakan musim penularan demam denggi di Bangladesh, yang dianggap sebagai negara berisiko tinggi terhadap penyakit bawaan nyamuk.
Bangladesh merekodkan 102,861 kes denggi dan 413 kematian pada 2025.
-- BERNAMA-XINHUA