MOSCOW: Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC) mencecah 12,021 kes dengan 5,904 kematian, menurut Institut Kesihatan Awam Kebangsaan (INSP) pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Sepanjang tempoh 24 jam lepas, sebanyak 66 kes jangkitan baharu, 37 kematian dan 25 pesakit sembuh direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 12,021 dengan 5,904 kematian sejak wabak itu bermula," menurut laporan harian INSP.
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di DRC (MONUSCO) pada Rabu memaklumkan bahawa pasukan pengaman memindahkan kakitangan perubatan dari wilayah Ituri di timur negara itu susulan pertempuran yang masih berterusan.
Wabak Ebola di DRC bermula pada April. Sehingga kini, tiada vaksin atau rawatan bagi strain Bundibugyo virus Ebola yang mendapat kelulusan rasmi untuk digunakan.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI