Skip to main content

Dunia

Kes Tentera Laut: Anak bekas Presiden Sri Lanka dibebaskan dengan jaminan

Yoshitha Rajapaksa, anak bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa yang ditahan Suruhanjaya Siasatan Dakwaan Rasuah(CIABOC), tiba di Mahkamah Majistret Utama Hulftsdorp di Colombo, Sri Lanka, 17 Jun 2026. - Gambar Reuters
Yoshitha Rajapaksa, anak bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa yang ditahan Suruhanjaya Siasatan Dakwaan Rasuah(CIABOC), tiba di Mahkamah Majistret Utama Hulftsdorp di Colombo, Sri Lanka, 17 Jun 2026. - Gambar Reuters
Advertisement

HYDERABAD: Anak lelaki bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, Yoshitha Rajapaksa ditahan pada Rabu berhubung dakwaan ketidakpatuhan prosedur yang dikaitkan dengan kemasukannya ke dalam tentera laut serta latihan susulannya di Britain.

Yoshitha, 38, yang juga anak kedua Mahinda, dibebaskan dengan jaminan oleh sebuah mahkamah di Colombo beberapa jam selepas ditahan oleh Suruhanjaya Siasatan Dakwaan Rasuah(CIABOC), namun dilarang meninggalkan negara itu.

Kes berkenaan berkaitan kemasukannya ke dalam Tentera Laut Sri Lanka sebagai kadet pegawai serta latihan yang diikutinya di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, pada 2006 ketika bapanya memegang jawatan Presiden.

Advertisement

"Beliau ditahan atas tuduhan bersubahat berkaitan pengambilannya tanpa memenuhi kelayakan minimum, selain menggunakan dana kerajaan bagi menjalani latihan di luar negara," menurut CIABOC dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement