awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesatuan Ulama Dunia mahu umat Islam global zahir rasa marah untuk Aleppo

Bernama
Bernama
27/09/2016
07:51 MYT
Kesatuan Ulama Dunia mahu umat Islam global zahir rasa marah untuk Aleppo
Umat islam seluruh dunia perlu bersatu menentang penindasan, dan keganasan yang berlaku di Syria. - Foto AFP
Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya menzahirkan rasa marah mereka Jumaat ini berhubung nasib yang menimpa umat Islam di Aleppo, Syria.
Beliau berkata, usaha bertemakan 'Marah Demi Aleppo, Syria' itu adalah antara usaha untuk menghalang kemusnahan dan keganasan bandar itu akibat serangan pihak rejim Syria dan sekutunya secara terbuka.
“Harapan kami agar Allah S.W.T. sentiasa bersama rakyat Syria dan memberi kemenangan kepada mereka, dan rakyat dunia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan usaha ini,” beliau dipetik berkata demikian oleh agensi berita Turki, Anadolu pada Isnin. Beliau juga menyeru imam-imam di seluruh dunia untuk menyampaikan khutbah Jumaat tentang kesengsaraan penduduk Aleppo dan kesabaran mereka dalam menghadapi jenayah pembunuhan beramai-ramai. Sheikh Ali Al Qurrah berkata ulama-ulama Islam perlu memberi tekanan bagi menghentikan keganasan dan penindasan di Syria dan negara-negara bergolak yang lain.
Topic Berkaitan
#Aleppo
#Kemusnahan
#Kesatuan Ulama Islam Sedunia
#marah demi aleppo
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan