awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketagihan telefon pintar: Minimal dibangun dengan papan kekunci fizikal, skrin e-ink

Amanz
Amanz
28/01/2024
06:30 MYT
Ketagihan telefon pintar: Minimal dibangun dengan papan kekunci fizikal, skrin e-ink
Minimal dibangunkan untuk memerangi ketagihan penggunaan peranti pintar yang semakin serius sekarang. - Gambar/ Amanz
SUDAH wujud beberapa percubaan untuk mengembalikan era papan kekunci fizikal pada telefon pintar moden tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan seperti Blackberry Ket 2.
Tetapi bagi mereka yang percaya masih ada ruang untuk peranti seperti ini pada tahun 2024, Minimal ialah telefon pintar yang mungkin boleh dibeli.
Minimal dibangunkan untuk memerangi ketagihan penggunaan peranti pintar yang semakin serius sekarang.
Skrin E-Ink yang digunakan akan membuatkan peranti tidak sesuai digunakan untuk menonton video yang akan mengubat ketagihan menonton TikTok tanpa henti.
Tetapi ia masih boleh digunakan untuk membaca buku dan laman web. Kerana penggunaan skrin ini, Minimal boleh bertahan lama walaupun sekadar dilengkapi bateri 4000 mAh.
Tiada maklumat mengenai spesifikasi Minimal pada waktu ini kecuali ia menggunakan sistem operasi MnmlOS yang berasaskan Android.
Terdapat aplikasi untuk panggilan telefon, menghantar mesej, kalender, nota dan juga Uber secara tersedia.
Bagi yang berminat Minimal akan dijual pada harga AS$400 (~RM1,891) bermula bulan depan. - Amanz
Topic Berkaitan
#Minimal
#papan kekunci fizikal
#telefon pintar
#ketagihan skrin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan