awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
Jabatan Imigresen tegas banteras amalan 'duit kopi' di pintu masuk negara - KP
Indonesia sambung SAR puluhan mangsa hilang dalam insiden tanah runtuh di Bandung Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketaktentuan tarif AS, faktor peningkatan pengangguran Australia - Menteri Kewangan

Bernama
Bernama
18/07/2025
11:13 MYT
Ketaktentuan tarif AS, faktor peningkatan pengangguran Australia - Menteri Kewangan
Jim Chalmers berkata, dasar perdagangan AS menjejaskan keputusan tempatan sama ada untuk mengambil pekerja atau tidak. - Reuters
CANBERRA: Ketaktentuan ekonomi global yang didorong oleh tarif perdagangan Amerika Syarikat antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di Australia, kata Menteri Kewangan Jim Chalmers pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
Chalmers memberitahu stesen radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) bahawa ketaktentuan, keadaan tidak dapat diramal dan ketidakpastian yang disebabkan oleh tarif AS telah menjadi "ciri utama dan berterusan dalam ekonomi global" dan bahawa Australia tidak terkecuali.
Beliau berkata kerajaan persekutuan menerima maklum balas daripada pemimpin perniagaan dan ahli ekonomi bahawa dasar perdagangan AS menjejaskan keputusan tempatan sama ada untuk mengambil pekerja atau tidak.
"Saya fikir sudah tentu ramai yang melihat ketidakpastian dan keadaan tidak dapat diramal ini sebagai norma baharu. Ini memerlukan kita untuk menyesuaikan cara pemikiran kita," katanya.
Data rasmi yang dikeluarkan pada Khamis oleh Biro Perangkaan Australia menunjukkan kadar pengangguran Australia meningkat daripada 4.1 peratus pada Mei kepada 4.3 peratus pada Jun, iaitu paras tertinggi sejak November 2021.
Chalmers berkata peningkatan kadar pengangguran itu adalah sesuatu yang tidak dialu-alukan tetapi tidak mengejutkan, dengan kerajaan meramalkan ia akan terus meningkat tetapi kekal di bawah lima peratus.
Menteri Kewangan itu sedang bercakap dari Afrika Selatan, di mana beliau menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 di Durban.
Beliau berkata terdapat persepsi yang jelas dalam perbincangan dua hala dan mesyuarat yang lebih besar yang tarif AS adalah tidak wajar, tidak diperlukan, dan merupakan satu tindakan yang merugikan ekonomi sendiri.
--- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif AS
#ketidaktentuan global
#ekonomi
#pengangguran
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan