KUALA LUMPUR: Ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, ditambah dengan insiden rampasan kapal kontena berkaitan Israel oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) awal hari ini boleh mengakibatkan gangguan rantaian bekalan serta premium insurans yang lebih tinggi, kata persatuan perkapalan.
Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia Ooi Lean Hin berkata ketegangan geopolitik semasa di Asia Barat telah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global, yang kini diperluaskan ke Teluk selain dari Laut Merah.
"Keselamatan pelayaran agak berisiko tinggi di rantau ini. Premium insurans risiko perang akan melonjak dan gangguan rantaian bekalan akan bertambah sehingga membawa kepada peningkatan kos penghantaran untuk rantau ini," katanya kepada Bernama.
Beliau ketika ditanya mengenai impak terhadap sektor perkapalan berkata, situasi semasa telah memberi kesan kerana banyak syarikat perkapalan telah mengarahkan sebahagian besar kapal mereka untuk melalui Tanjung Harapan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
"Lencongan ini menyebabkan kapal mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Malaysia. Kos pengangkutan dan insurans juga telah naik baru-baru ini," jelasnya.
Presiden Persatuan Penghantar Barang dan Logistik Selangor Datuk Tony Chia Han Teun menambah syarikat perkapalan terpaksa mengelak daripada menggunakan laluan Laut Merah serta Terusan Suez kerana bimbang akan menjadi sasaran dan pihak industri pula sedang menunggu tindakan seterusnya syarikat perkapalan.
"Sejak sebulan kebelakangan ini, banyak syarikat perkapalan telah mengarahkan kapal-kapal mereka ke Tanjung Harapan sehingga menyebabkan perjalanan ke Malaysia menjadi lebih panjang," katanya.
Sambil mengulangi sentimen itu, Naib Presiden Persekutuan Pengangkutan Kargo Malaysia Alvin Chua Seng Wah berkata keadaan semasa telah memberi kesan kepada Malaysia kerana kapasiti penghantaran ke Eropah akan berkurangan.
"Jumlah kapal yang ada akan berkurangan dengan masa pelayaran yang lebih lama," tambahnya.
Dilaporkan sebuah kapal kontena bernama 'MCS Aries' telah dirampas oleh Pasukan Khas Tentera Laut Sepah (IRGC) dengan mengggunakan helikopter.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Ketegangan geopolitik semasa di Asia Barat telah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global. - Gambar hiasan/BERNAMA
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Ketegangan di Asia Barat jejas rantaian pembekalan, premium insurans
Ketegangan geopolitik semasa di Asia Barat telah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global.
Pelabuhan kontena AI pertama bakal dibina di Port Dickson - Menteri Besar
Sebuah pelabuhan kontena pintar bercirikan kecerdasan buatan (AI) yang pertama seumpamanya Malaysia, akan dibina di Port Dickson dengan kos dianggarkan RM2 bilion.
Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi
Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).
Kapal kontena alami kerosakan, hanyut di perairan Pulau Pom Pom
Sebuah kapal kontena yang sedang dalam pelayaran mengalami kerosakan jentera utama dan gagal dikemudi menyebabkannya hanyut di perairan Pulau Pom Pom Semporna, Sabah pada pagi semalam.
Laluan perdagangan di Terusan Suez kembali normal selepas insiden Ever Given
Pihak berkuasa terusan CSA mengesahkan masalah perjalanan tertunda selesai sepenuhnya pada Sabtu.
Usaha baharu digerakkan bebaskan MV Ever Given
Usaha baharu digerakkan bagi membebaskan kapal kontena MV Ever Given yang masih tersekat di Terusan Suez hampir seminggu.
Operasi hari kelima mengapungkan kapal MV Ever Given
Keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.
Insiden kapal tersadai di Terusan Suez, mungkin jejas penghantaran bekalan ke rantau ini - Menteri Pengangkutan Singapura
Sekiranya gangguan itu berterusan, Ong berkata, PSA, pengendali pelabuhan Singapura, menjangkakan berlaku kelewatan setelah syarikat perkapalan mengubah jadual perjalanan kapal mereka.
Perdagangan dunia terjejas kerana sebuah kapal
Kerja-kerja bagi mengalihkan kapal itu kemudian bermula selepas Ever Given sepanjang 400 meter iaitu lebih panjang dari Menara Eiffel di Paris, Perancis dan selebar 59 meter merintangi terusan.