Skip to main content

Dunia

Ketibaan pelawat asing ke Korea Selatan lepasi 20 juta buat kali pertama

Kerajaan mengaitkan rekod ketibaan pelawat dengan beberapa faktor termasuk populariti budaya pop Korea Selatan di seluruh dunia serta layanan mesra negara itu terhadap pelancong asing. - Gambar hiasan/REUTERS
Kerajaan mengaitkan rekod ketibaan pelawat dengan beberapa faktor termasuk populariti budaya pop Korea Selatan di seluruh dunia serta layanan mesra negara itu terhadap pelancong asing. - Gambar hiasan/REUTERS
Advertisement

SEOUL: Jumlah ketibaan pelawat asing ke Korea Selatan melepasi 20 juta orang tahun ini buat kali pertama dalam sejarah, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan negara itu.

Naib Menteri Kedua Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Kim Dae-hyun mengunjungi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, iaitu pintu masuk utama ke Seoul bagi menyambut ketibaan pelawat asing yang ke-20 juta pada Khamis.

Korea Selatan mengambil masa 14 tahun untuk mencapai angka itu selepas jumlah ketibaan pelawat asing tahunan melepasi 10 juta orang pada 2012.

Advertisement

Kerajaan mengaitkan rekod ketibaan pelawat dengan beberapa faktor termasuk populariti budaya pop Korea Selatan di seluruh dunia serta layanan mesra negara itu terhadap pelancong asing.

Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Chae Hwi-young berkata pencapaian itu menjadi titik permulaan kepada usaha Korea Selatan untuk muncul sebagai kuasa besar pelancongan yang tiada tandingan.

Advertisement

"Kerajaan akan membina kapasiti untuk menarik 30 juta pelawat asing setiap tahun, sekali gus membuka era baharu dengan sasaran 40 juta pelawat," kata Chae.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video

Advertisement