awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua jabatan kaji cuaca dipecat, gara-gara silap umum ramalan hujan

Agensi
Agensi
24/08/2022
04:20 MYT
Ketua jabatan kaji cuaca dipecat, gara-gara silap umum ramalan hujan
Pasukan yang telah bersedia dengan 40,000 tembakan bunga api dari 240 lokasi di sepanjang 5 kilometer Sungai Danube dan pusat kota Budapest amat terkesan. - AP
BUDAPEST: Isu berkaitan cuaca boleh jadi sensitif kebelakangan ini. Paling mengharukan adalah apabila ia boleh membuatkan seseorang kehilangan pekerjaan!
Dua pakar cuaca di Hungary telah dipecat atas kesilapan mengumumkan ramalan cuaca, sekali gus mencetuskan kemarahan politik, lapor BBC.
Semuanya bermula dengan perancangan rapi sebuah acara pertunjukan bunga api terbesar Eropah yang telah dirancang pada malam Sabtu lalu bagi meraikan sambutan St. Stephen’s Day iaitu hari cuti awam.
Namun, tujuh jam sebelum acara bermula, kerajaan terpaksa menangguhkannya selama seminggu lantaran menerima amaran tentang cuaca ekstrem.
Pasukan yang telah bersedia dengan 40,000 tembakan bunga api dari 240 lokasi di sepanjang 5 kilometer Sungai Danube dan pusat kota Budapest amat terkesan dengan perubahan itu. Ia adalah acara yang dinantikan jutaan rakyatnya.
Bagaimanapun, cuaca kekal tenang dan acara itu seperti tidak sepatutnya ditunda.
Hujan berserta ribut yang diramal Jabatan Meteorologi Kebangsaan dilihat berubah haluan dan hanya melanda bahagian timur negara itu, langsung tidak melibatkan ibu negara Hungary.
Jabatan berkenaan telah memohon maaf menerusi laman Facebooknya pada Ahad, dengan menyatakan perkara itu tidak dijangka terjadi, dan itulah sebabnya ia dinamakan ramalan.
Namun, semua sudah berlalu. Pada Isnin, Menteri Inovasi, Laszlo Palkovics memecat ketua dan timbalan jabatan berkenaan serta-merta.
Perkara itu mendapat reaksi yang bercampur di Hungary. Hampir 100,000 orang telah menandatangani petisyen supaya membatalkan sahaja acara pertunjukan bunga api itu ketika negara jiran, Ukraine, masih berdepan kesan peperangan dan juga isu ekonomi dalam negara yang perlu diberikan perhatian.
Penyokong kerajaan bagaimanapun terus marah pada ketidakcekapan ramalan cuaca berkenaan dan berharap acara itu dapat diteruskan Sabtu hadapan.
Topic Berkaitan
#kaji cuaca
#ramalan hujan
#Hungary
#ketua jabatan dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan