awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua kampung maut ditembak ketika solat sunat witir

Bernama
Bernama
03/06/2019
05:06 MYT
Ketua kampung maut ditembak ketika solat sunat witir
Suspek melepaskan dua das tembakan iaitu satu di bahagian kepala dan satu lagi belakang mangsa. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Seorang ketua kampung maut manakala seorang lagi cedera ditembak ketika sedang menunaikan solat sunat witir di sebuah masjid di Daerah Rangae, Narathiwat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam (waktu tempatan), Ketua Kampung Awae, Fakrudin Tokdeng, 48, sedang solat bersama kira-kira 30 orang jemaah di sebuah masjid di kampung itu.
Seorang lagi jemaah, Mayudi Abu, 43, cedera akibat terkena peluru di bahagian paha.
Menurut seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata semua jemaah sedang sujud dan suspek yang menutup muka memasuki masjid dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
"Suspek melepaskan dua das tembakan iaitu satu di bahagian kepala dan satu lagi belakang mangsa. Mangsa meninggal meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Rangae Kapt. Pol. Nathawat Keawhan berkata kira-kira tujuh bulan yang lalu, mangsa menerima ugutan bunuh apabila menerima bungkusan beras yang mengandungi empat butir peluru hidup di masjid yang sama.
"Mangsa ditembak dengan kejam menggunakan rifel AK47," katanya.
Beliau berkata polis sedang menjejaki individu yang terlibat dalam kejadian itu.
Mangsa yang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berusia 20 dan 16 tahun dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Awae.
Ini merupakan kes kedua kejadian tembak di masjid di Kampung Awae. Dua tahun lepas, Ketua Kampung Kuling, Daerah Yingo maut ditembak di salah sebuah masjid di kampung itu ketika solat subuh bersama jemaah lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fakrudin tokdeng
#jenayah
#ketua kampung
#mati ditembak
#Narathiwat
#puak pemisah
#solat witir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan