awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa Jayaram meninggal dunia

AFP
AFP
06/12/2016
03:38 MYT
Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa Jayaram meninggal dunia
Jayalalithaa meninggal dunia selepas menjalani pembedahan susulan serangan jantung yang dialaminya pada malam Ahad lalu. - Gambar AFP
Tamil Nadu kehilangan ketua menterinya, Jayalalithaa Jayaram yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas sekian lama dirawat di hospital.
"Dengan kesedihan tidak terperi, kami mengumumkan bahawa yang amat berhormat ketua menteri Tamil Nadu meninggal dunia pada jam 11.30 malam (waktu tempatan) hari ini (5 Disember)," kata kenyataan Hospital Apollo di Chennai.
Satu lagi laporan berkata, Jayalalithaa meninggal dunia selepas menjalani pembedahan susulan serangan jantung yang dialaminya pada malam Ahad lalu.
Sepasukan doktor merawat bekas bintang filem berusia 68 tahun itu yang menerima status dan dipuja seperti seorang Tuhan di Tamil Nadu. Ratusan pengikutnya berada hampir setiap masa di hospital swasta berkenaan di ibu negeri Chennai sejak beliau pertama kali dirawat pada September kerana demam.
Jayalalithaa,68, merupakan salah seorang ahli politik India yang paling berpengaruh dan pernah enam kali menjadi ketua menteri Tamil Nadu.
Parti All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) pimpinan Jayalalithaa mengibarkan bendera separuh tiang di ibu pejabatnya di Chennai.
Ratusan pengikutnya berada hampir setiap masa di hospital swasta berkenaan di ibu negeri Chennai sejak beliau pertama kali dirawat pada September kerana demam.
Jumlah mereka bertambah ramai sejak kesihatannya bertambah merosot Ahad lalu. Perdana Menteri, Narendra Modi merakamkan takziah atas kematian Jayalalithaa.
Awal semalam, ribuan penyokong Jayalalithaa merapati dan menangis dengan berkumpul di luar hospital sambil berdoa agar beliau segera sembuh.
Lebih 6,000 anggota polis dari seluruh negeri terpaksa dikerah untuk memastikan keselamatan awam selepas berita kematiannya mungkin mencetuskan rusuhan dan keganasan.
Topic Berkaitan
#Jayalalithaa Jayaram
#Tamil Nadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan