awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie 2 diberi lampu hijau jika kutipan cecah RM60 juta
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2022
01:15 MYT
Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
Beijing didakwa akan mendarat di bulan dan menyatakan ia adalah miliknya. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bill Nelson baru-baru ini menyatakan China mahu menuntut bulan sebagai haknya.
Nelson yang juga merupakan bekas senator Amerika Syarikat (AS) membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan akhbar Bild di Jerman.
Beliau berkata bahawa penerokaan angkasa lepas China harus menjadi kebimbangan semua pihak.
Ini kerana pada suatu hari nanti, Beijing didakwa akan mendarat di bulan dan menyatakan ia adalah miliknya.
Beliau juga mendakwa China akan menggunakan pangkalan di bulannya untuk mengkaji kemungkinan menembak jatuh satelit negara lain.
Namun, Nelson tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya itu.
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025 dan bertapak di sana menjelang tahun 2035 melalui kerjasama dengan Rusia.
Beijing menghantar sebuah kapal angkasanya untuk mendarat di bulan pada tahun 2020.
AS juga mempunyai rancangan yang sama termasuk menubuhkan pangkalan di bulan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bulan
#NASA
#China
#satelit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan