Skip to main content

Malaysia

MySiren salur amaran hampir serentak ke seluruh negara

Fahmi bercakap pada sidang media selepas Sesi Ujian Sistem Amaran Awal MySiren Seluruh Negara di Markas SMART, Pulau Meranti, di Puchong, hari ini. - Foto Astro AWANI
Fahmi bercakap pada sidang media selepas Sesi Ujian Sistem Amaran Awal MySiren Seluruh Negara di Markas SMART, Pulau Meranti, di Puchong, hari ini. - Foto Astro AWANI
Advertisement

PUCHONG: Sistem Amaran Awal MySiren berjaya menyalurkan maklumat amaran hampir serentak ke seluruh negara menerusi ujian yang dilaksanakan pada Sabtu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, maklum balas awal yang diterima daripada beberapa lokasi termasuk Padang Besar, Pulau Sebatik dan Tawau mengesahkan amaran yang dihantar berjaya diterima.

“Daripada maklum balas langsung yang kami terima sebelum ini, dari Padang Besar hingga Pulau Sebatik dan Tawau, mereka menerima amaran yang telah dihantar,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, penghantaran maklumat itu berlaku hampir serentak sebaik sahaja arahan ujian disahkan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).

Beliau berkata, MySiren menggunakan teknologi cell broadcast yang memanfaatkan peralatan radio pada menara telekomunikasi untuk menghantar isyarat kepada telefon pintar dalam lingkungan liputan sel berkenaan.

Advertisement

Jelasnya, kaedah itu tidak bergantung kepada rangkaian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tidak memerlukan pengguna memuat turun aplikasi khusus atau memberikan maklumat peribadi.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai memastikan perisian telefon pintar sentiasa dikemas kini bagi membolehkan peranti menerima amaran serta dilindungi melalui tampalan keselamatan terkini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Ujian Sistem Amaran Awal MySiren Seluruh Negara di Markas SMART, Pulau Meranti, di sini, hari ini.

MySiren mula beroperasi pada 19 November lalu, sebelum ujian bersama Ahli Parlimen di Kuala Lumpur dilaksanakan pada 23 November dan diikuti ujian serentak di seluruh negara pada Sabtu.

Pelaksanaan sistem itu merupakan usaha kerajaan memperkukuh penyampaian maklumat kecemasan kepada masyarakat bagi membolehkan tindakan segera diambil ketika berdepan situasi bencana.

Must Watch Video

Advertisement