awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB suarakan kebimbangan terhadap rancangan Israel luaskan penjajahan di Gaza

Bernama
Bernama
06/05/2025
02:40 MYT
Ketua PBB suarakan kebimbangan terhadap rancangan Israel luaskan penjajahan di Gaza
"Gaza adalah dan mesti kekal sebagai sebahagian daripada negara Palestin masa hadapan," kata Guterres. - Gambar Reuters
HAMILTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluaskan penjajahan di Gaza, sambil memberi amaran bahawa ia akan mengakibatkan lebih banyak kematian dan kemusnahan, lapor Anadolu Ajansi.
"Saya boleh memberitahu anda bahawa Setiausaha Agung bimbang dengan laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluas operasi darat dan melanjutkan kehadiran tenteranya di Gaza," kata jurucakapnya Farhan Haq dalam sidang media.
Menyifatkan rancangan Israel itu akan membawa kepada kematian lebih ramai orang awam dan kemusnahan yang lebih dahsyat di Gaza, beliau berkata: "Apa yang paling penting sekarang ialah menamatkan keganasan, bukan menambah kematian dan kehancuran."
"Gaza adalah dan mesti kekal sebagai sebahagian daripada negara Palestin masa hadapan," katanya, sambil mengulangi seruan Guterres untuk gencatan senjata serta-merta dan berkekalan, serta pembebasan semua tahanan.
Terdahulu, Kabinet Keselamatan Israel sebulat suara meluluskan rancangan untuk memperluas serangan ketenteraan yang sedang berlangsung di Gaza dan menduduki kawasan-kawasan dalam wilayah itu.
Sejak serangan bermula pada Oktober 2023, lebih 52,500 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan kejam Israel di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Israel
#penjajahan Gaza
#Kabinet Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan