Skip to main content

Dunia

Ketua WEF Borge Brende letak jawatan selepas siasatan hubungan dengan Epstein

FILE PHOTO: President of World Economic Forum Borge Brende gives his welcoming remarks at the 55th annual World Economic Forum (WEF) meeting in Davos, Switzerland, January 21, 2025. REUTERS/Yves Herman/File Photo
Brende berkata keputusan untuk berundur dibuat selepas “pertimbangan teliti”, dan menambah bahawa sudah tiba masanya WEF meneruskan kerja-kerja pentingnya “tanpa sebarang gangguan”. - Foto fail/REUTERS

GENEVA: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Borge Brende, mengumumkan peletakan jawatannya selepas siasatan bebas mengenai interaksinya dengan mendiang Jeffrey Epstein selesai dijalankan. 

Siasatan itu tidak menemui isu baharu selain apa yang telah didedahkan sebelum ini.

Advertisement

WEF sebelum ini melancarkan semakan dalaman susulan pembongkaran dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan Brende menghadiri beberapa majlis makan malam dengan Epstein serta berhubung melalui emel dan pesanan ringkas antara 2018 dan 2019.

Brende sebelum ini mengakui pertemuan tersebut tetapi menegaskan beliau tidak mengetahui latar jenayah Epstein pada ketika itu.

Dalam kenyataan rasmi, Brende berkata keputusan untuk berundur dibuat selepas “pertimbangan teliti”, dan menambah bahawa sudah tiba masanya WEF meneruskan kerja-kerja pentingnya “tanpa sebarang gangguan”.

Beliau telah mengetuai organisasi berpusat di Davos itu sejak 2017.

Lembaga Pemegang Amanah WEF mengumumkan bahawa Alois Zwinggi akan mengambil alih tugas sebagai presiden dan CEO sementara, sementara proses mencari pengganti tetap dijalankan.

Epstein, seorang ahli kewangan berprofil tinggi, pernah disabitkan kesalahan pada 2008 dan terus dikaitkan dengan tokoh-tokoh politik serta perniagaan global sehingga kematiannya pada 2019 ketika menghadapi pertuduhan pemerdagangan seks.

 

Must Watch Video