awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua WHO bimbang risiko kesihatan orang ramai, ekoran serangan tapak nuklear Iran

Bernama
Bernama
17/06/2025
20:15 MYT
Ketua WHO bimbang risiko kesihatan orang ramai, ekoran serangan tapak nuklear Iran
Tedros turut berkata WHO "amat bimbang" terhadap laporan berhubung serangan yang berlaku berhampiran kemudahan nuklear. - Foto AP
GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa melahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan antara Israel dan Iran, sambil memberi amaran mengenai kesan buruk terhadap orang awam serta risiko kesihatan yang mungkin timbul akibat serangan ke atas tapak nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Peningkatan keganasan antara Israel dan Iran amat membimbangkan dan sedang meragut nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu hantaran di platform X.
Bilangan orang awam yang cedera juga semakin meningkat dan amat membimbangkan," katanya.
Beliau turut berkata WHO "amat bimbang" terhadap laporan berhubung serangan yang berlaku berhampiran kemudahan nuklear.
"Serangan terhadap tapak nuklear ... mungkin memberi kesan serta-merta dan jangka panjang terhadap alam sekitar dan kesihatan rakyat di Iran serta seluruh rantau," katanya.
Ketika ketegangan terus memuncak, Ketua WHO itu menyeru agar semua pihak memilih jalan diplomasi dan menurunkan "suhu" konflik.
"Kami menyeru semua pihak agar berusaha ke arah keamanan. Pilihan paling berani adalah memilih keamanan," kata beliau.
Ketegangan serantau meningkat sejak Jumaat lepas apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang membawa kepada serangan balas oleh Tehran.
Iran mengesahkan sekurang-kurangnya 224 orang terkorban dan lebih 1,000 yang lain cedera akibat serangan Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#WHO
#Israel
#serangan balas
#kesan buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami