awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFC perkenal 'pewarna kuku perisa ayam goreng yang boleh dimakan' di Hong Kong

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/05/2016
01:22 MYT
KFC perkenal 'pewarna kuku perisa ayam goreng yang boleh dimakan' di Hong Kong
Rangkaian makanan segera terkenal, KFC kini merealisasikan slogan 'Sedap hingga menjilat jari' dengan menghasilkan pewarna kuku berperisa ayam goreng.
RANGKAIAN makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC) kini merealisasikan slogan 'Sedap hingga menjilat jari' dengan menghasilkan pengilat atau pewarna kuku berperisa ayam goreng.
Media antarabangsa melapor, firma kreatif Ogilvy & Mather bekerjasama dengan pakar teknologi makanan di McCormick untuk mencipta pewarna kuku keluaran terhad itu di Hong Kong.
Ia adalah sebahagian daripada strategik mereka untuk menarik pelanggan golongan muda.
McCormick adalah syarikat yang menyediakan resepi rahsia Colonel Sanders iaitu campuran 11 rempah dan herba untuk KFC.
Pewarna kuku tersebut dihasilkan dalam dua perisa KFC; Original dan Hot & Spicy.
Menurut Pengarah Kreatif Ogilvie & Mather Hong Kong, John Koay, pewarna kuku tersebut dihasilkan dengan hanya menggunakan bahan semula jadi .
“Tiada ada sebarang bahan pengawet ataupun bahan bertoksik digunakan,” katanya.
Bagaimanapun, pewarna kuku tersebut masih belum dilancarkan di pasaran, KFC hanya menyediakan sampel kepada pihak media untuk mendapatkan reaksi pengguna.
Produk tersebut menerima pelbnagai reaksi masyarakat, daripada teruja hinggalah kepada rasa pelik dan mual.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#KFC
#makanan segera
#pewarna kuku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan