DUNIA
Kilang bateri berbilion dolar henti pembinaan di AS akibat ketidakpastian tarif, EV

Dasar tarif AS telah membawa ketidaktentuan kepada perdagangan global selain menjejaskan pembangunan ekonomi AS sendiri. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Sebuah syarikat Jepun menghentikan pembinaan kilangnya bernilai US$1.6 bilion di South Carolina yang dijadualkan menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik BMW, berikutan "ketidakpastian dasar dan pasaran," lapor Xinhua memetik Associated Press.
Ringkasan AI
- Syarikat Jepun AESC menghentikan sementara pembinaan kilang bateri kenderaan elektrik bernilai AS$1.6 bilion di South Carolina kerana ketidakpastian dasar dan pasaran, termasuk isu insentif cukai dan tarif.
- Gabenor South Carolina menyatakan syarikat itu mungkin kehilangan pemotongan cukai persekutuan dan insentif EV, serta terkesan oleh dasar tarif pentadbiran Trump.
- AESC berjanji akan menyambung semula pembinaan dan mengekalkan komitmen untuk menggaji 1,600 pekerja, sambil mengekalkan pelaburan sedia ada sebanyak AS$1 bilion di lokasi tersebut.
AESC mengumumkan kerja-kerja pembinaan kilang di Florence digantung.
"Disebabkan ketidakpastian dasar dan pasaran, kami menghentikan sementara pembinaan di fasiliti South Carolina kami pada waktu ini," menurut kenyataan syarikat pada Khamis.
AESC berjanji untuk menyambung semula pembinaan dan berikrar memenuhi komitmen bagi menggaji 1,600 pekerja serta melabur US$1.6 bilion.
Syarikat itu memaklumkan telah pun melabur AS$1 bilion di kilang Florence.
Syarikat pengeluar bateri berpusat di Jepun itu turut memiliki fasiliti di China, United Kingdom, Perancis, Sepanyol dan Jerman.
Di Amerika Syarikat, AESC mempunyai kilang di Tennessee dan sedang membina satu lagi kilang di Kentucky.
Kenyataan itu tidak menyebut sebarang perubahan bagi fasiliti lain.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami