MOSCOW: Kebakaran berlaku pada awal Rabu di kilang penapisan minyak Afipsky di wilayah Krasnodar Rusia dipercayai terkena dron, kata Gabenor Veniamin Kondratyev, lapor Sputnik.

"Berlaku kebakaran di wilayah penapisan minyak Afipsky di daerah Seversky.

"Satu daripada alat pemasangan untuk penyulingan minyak mentah terbakar. Punca awal ialah dilanggar UAV (kenderaan udara tanpa pemandu).

"Kebakaran berlaku di kawasan seluas 100 meter persegi. Tiada kemalangan jiwa," kata gabenor itu di Telegram.

Pasukan bomba kilang serta anggota bomba Kementerian Situasi Kecemasan Rusia dan perkhidmatan kecemasan, berada di lokasi dan api berjaya dipadamkan, kata Kondratyev.

-- BERNAMA