awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Jong Un, Putin bincang pengukuhan kerjasama strategik, tentang ancaman ketenteraan

Bernama
Bernama
14/09/2023
09:21 MYT
Kim Jong Un, Putin bincang pengukuhan kerjasama strategik, tentang ancaman ketenteraan
Kedua-dua pemimpin membincangkan keamanan dan keselamatan global dan serantau serta mencapai kata sepakat. -AP
MOSCOW: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Rusia Vladimir Putin telah membincangkan pengukuhan kerjasama strategik dua hala dan sokongan dalam usaha bersama menentang ancaman dan provokasi ketenteraan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Menurut laporan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan keamanan dan keselamatan global dan serantau serta mencapai kata sepakat.
Rundingan itu diteruskan dalam suasana yang membina, menurut laporan itu.
Dalam pada itu, Kim menjemput Putin untuk melawat Korea Utara, dan pemimpin itu telah menerima jemputan berkenaan.
Jemputan itu disampaikan pada majlis makan malam bersama pada Rabu selepas sidang kemuncak Rusia-Korea Utara di pusat angkasa Vostochny di Wilayah Amur Rusia.--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Rusia
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan