awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kiswah baharu dipamer 20 Ogos ini

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2018
10:18 MYT
Kiswah baharu dipamer 20 Ogos ini
Kiswah yang dihasilkan daripada kain sutera hitam bersulam benang emas dan perak itu berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang. - Gambar fail
Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.
Timbalan Pengarah Muzium Senibina dan Kilang Kiswah Dua Masjid Suci, Hisham Alaadin berkata kos untuk membuat Kiswah tahun ini 25 juta riyal (kira-kira RM27.3 juta).
"Kain sutera untuk membuat Kiswah dibeli dari Itali dan kosnya meningkat disebabkan kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat dan mata wang Euro," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Kaabah yang terletak di tengah Masjidil Haram di Mekah itu adalah kiblat atau arah semua umat Islam ketika solat.
Kiswah yang dihasilkan daripada kain sutera hitam bersulam benang emas dan perak itu berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang.
Ia terdiri daripada lima lapisan kain, termasuk tirai yang menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta disulam kainnya, yang memakan masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.
Kiswah ditukar dua kali setahun, iaitu pada Syaaban sebelum kedatangan bulan suci Ramadan dan sekali lagi pada hari Arafah.
Topic Berkaitan
#Arafah
#Euro
#Hisham Alaadin
#kelambu kaabah
#kiswah
#Masjidil Haram
#Syaaban
#USD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan