SEEKOR beruang koala yang parah akibat kebakaran minggu lalu, akhirnya terpaksa disuntik mati selepas haiwan itu gagal pulih dari kecederaannya.
Memetik laporan agensi berita antarabangsa, pihak hospital mengambil keputusan tersebut bagi mengelak Koala yang dinamakan Lewis itu dari terus merana kesakitan.
Lewis sebelum ini berjaya diselamatkan orang awam yang ditemui dalam kebakaran hutan minggu lalu.
Presiden Hospital Koala Port Macquarie, Sue Ashton berkata pihaknya telah berusaha untuk menyelamatkan koala berusia 14 tahun itu.
“Lewis sebelum ini cedera akibat terbakar ketika tiba di Hospital Koala dan pihak kami telah menjaganya dengan rapi sejak dari awal.
“Kami tahu kecederaan yang dialaminya amat sukar untuk dirawat tetapi kami membuat keputusan untuk menjaga koala itu dengan rapi.
“Tetapi kami terpaksa membuat keputusan untuk memberi suntikan (mati) dan ia adalah keputusan terbaik buat koala itu,” jelasnya.
BACA: Lebih 1,000 mati, habitat musnah... beruang koala di ambang kepupusan
Minggu lalu, seorang wanita bernama Toni Doherty yang menyelamatkan koala jantan itu menemuinya di lebuh raya Oxley berdekatan New South Wales.
Wanita itu dilaporkan bertarung dengan api untuk menyelamatkan koala tersebut daripada hangus dijilat api.
Dalam pada itu, Ashton berkata, akibat kebakaran hutan yang melanda Australia, ratusan koala dilaporkan mati.
“Ratusan koala telah mati. Malah ada kajian oleh para saintis yang menyatakan ribuan koala sebenarnya sudah mati dari daerah New South Wales hingga daerah Queensland.
“Koala adalah ikon buat Australia dan jika kita kehilangan ikon ini akan memberi impak kepada banyak industri termasuk pelancongan dan beberapa industri lain,” katanya.
BACA: Ratusan beruang koala mati dalam kebakaran hutan di Australia
Justeru pihaknya menyeru pihak berkuasa untuk membuat keputusan tentang hal ini yang boleh membantu menjaga populasi koala dan seterusnya meningkatkan populasi haiwan ini.
Agensi
Wed Nov 27 2019

Lewis sebelum ini berjaya diselamatkan orang awam yang ditemui dalam kebakaran hutan minggu lalu.

Pakej PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.

Fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan - PM
Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dipercepatkan, iaitu mulai 21 Januari. 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak 2.38 bilion ringgit.

Hukum Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus - PM
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan

Perancangan program vaksinasi negara adalah 'on-track' - PM
Kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan dijangka menerima bekalan vaksin yang pertama pada penghujung bulan Februari depan.

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) diperkenalkan dengan peruntukan bernilai sebanyak RM15 bilion
![[SIDANG MEDIA] Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri | 18 Januari 2021 [SIDANG MEDIA] Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri | 18 Januari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/19911734231610960660735/1886100_27846248031610960967362_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri | 18 Januari 2021
Ikuti secara langsung Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jam 4 petang di saluran 501 dan semua platform digital Astro AWANI. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Tumpuan AWANI 7:45 - Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan
Perdana Menteri umum 22 inisiatif bantuan rakyat di bawah Pakej PERMAI. Harga minyak masak, sayur-sayuran meningkat sejak awal Januari. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI745 malam ini.

PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majikan perlu sedia penginapan pekerja asing, hadkan jumlah ke tapak pembinaan
Majikan dikehendaki menyediakan penginapan lengkap dan menghadkan pekerjanya ke tapak pembinaan sebagai prosuder operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

AWANI Ringkas: Kemusnahan Tanjung Batu, Kerajaan Perak bertindak | Harga minyak masak botol naik sehingga 20 peratus

Koala diselamatkan wanita dalam kebakaran, akhirnya terpaksa disuntik mati
Seekor beruang koala yang parah akibat kebakaran minggu lalu, akhirnya terpaksa disuntik mati selepas haiwan itu gagal pulih dari kecederaannya.