KABUL: Para peniaga kecil di ibu kota Afghanistan, Kabul kembali berniaga pada Selasa, sehari selepas Taliban menguasai bandar itu.
Rangkaian stesen berita CCTV melaporkan, majoriti kedai yang terletak di pasar telah memulakan operasi masing-masing.
Beberapa pemilik sebelum ini melahirkan kebimbangan akan berlakunya pertumpahan darah besar-besaran susulan pengambilalihan pentadbiran oleh kumpulan Taliban.
Bagaimanapun, perasaan gusar itu hilang apabila keadaan dilaporkan stabil.
"Pada masa ini, kami tidak menghadapi masalah keselamatan dan membuka perniagaan semula secara beransur-ansur dan situasinya semakin stabil.
"Saya harap Taliban dapat melakukan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat," ujar Hameed, salah seorang penduduk tempatan.
Tinjauan juga mendapati, Kabul tetap tenang ketika Taliban melakukan rondaan di sekitar bandar itu.
"Saya berharap kepemimpinan masa depan dapat meletakkan senjata dan mencapai keamanan dan kestabilan sehingga rakyat Afghanistan dapat hidup dengan aman damai," kata Nasir Ahmad, seorang penduduk di Kabul.
Dalam pada itu penduduk di Kabul perlu melalui beberapa sekatan jalan raya termasuk di zon hijau .
Menurut komandan yang mengawasi sekatan jalan raya berkenaan, tindakan itu bagi mencegah insiden rompakan dan melindungi kedutaan serta harta benda.
Setakat ini, Taliban menjanjikan era perdamaian dan keamanan baharu, dengan memaklumkan akan memaafkan pihak yang memerangi mereka dan memberikan hak penuh kepada wanita berdasarkan undang-undang Islam.
Bagaimanapun, masih ramai penduduk Afghanistan ragu-ragu dengan janji itu.
Taliban kembali berkuasa pada hujung minggu lalu selepas berjaya menakluki sebahagian besar negara dalam tempoh beberapa hari, kurang dari tiga minggu sebelum Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengundurkan tentera sepenuhnya.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Aug 18 2021
Para peniaga kecil di Kabul kembali berniaga pada Selasa, sehari selepas Taliban menguasai bandar itu. - Foto REUTERS
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
AWANI Ringkas: Dua daripada lima rakyat sanggup berhenti kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
Kerajaan akan teliti cadangan RSF baiki indeks kebebasan media - Fahmi
Beliau mengalu-alukan kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu untuk bekerjasama dengan Malaysia.
Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar@PETRA hari ini.
Status pindah kes bunuh Bella ke Mahkamah Tinggi ditentukan 20 Mei ini
Mahkamah menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh Bella.
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.